Dasar Privasi
Privasi anda adalah keutamaan kami. Dasar Privasi ini menerangkan polisi kami mengenai pengumpulan, penggunaan dan pendedahan Maklumat Peribadi anda. Pemprosesan maklumat peribadi anda juga tertakluk kepada peruntukkan undang-undang. Maklumat Peribadi yang anda berikan kepada kami sekarang atau dari masa ke semasa atau yang telah diberikan kepada kami sebelum ini akan diguna dan diproses mengikut Dasar Privasi ini. Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah kehilangan atau penyalahgunaan Maklumat Peribadi anda.
Di dalam Dasar Privasi ini, "B Infinite Loyalty Program" bermaksud program kad kesetiaan yang dikendalikan oleh kami. "Kami" bermaksud BLoyalty Sdn Bhd (Company No. 154570-W). "Maklumat Peribadi" bermaksud mana-mana maklumat dalam milikan atau kawalan kami yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda. "Pedagang" bermaksud pedagang-pedagang yang telah bersetuju untuk menyertai B Infinite Loyalty Program.
1. Maklumat Peribadi
1.1 Maklumat yang kami kumpulkan daripada anda
Maklumat peribadi yang kami kumpulkan mengenai anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada, yang berikut ini:
- Butir-butir peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, umur, jantina, kewarganegaraan, tarikh lahir, alamat, nombor telefon, alamat e-mel dan lain-lain maklumat yang anda beri apabila memohon sebagai ahli B Infinite Loyalty Program
- Maklumat berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang anda telah beli dari Pedagang atau apabila anda telah mendaftarkan minat anda untuk membuat pembelian, mendapatkan maklumat dan maklumat terkini
- Lain-lain maklumat yang telah atau akan dikumpulkan oleh kami atau Pedagang, berkaitan dengan mana-mana perkhidmatan, urusniaga, peraduan, tinjauan pasaran, promosi atau soal selidik
- Minat peribadi serta kegemaran seperti bahasa pilihan anda, produk, kandungan maklumat yang diminati serta cara penyampaian atau pemasaran yang anda gemari
- Nama pengguna, kata laluan dan lain-lain pengenalan diri apabila anda mendaftar di laman web kami atau Aplikasi Mudah Alih
Sesetengah maklumat yang diminta oleh kami adalah wajib. Sekiranya anda gagal memberikan maklumat tersebut, kami tidak boleh meluluskan permohonan anda atau meneruskan keahlian anda dengan B Infinite Loyalty Program.
1.2 Cara-cara bagaimana Maklumat Peribadi anda dikumpulkan
- Apabila anda memohon sebagai ahli B Infinite Loyalty Program atau mendaftar untuk membeli produk dan perkhidmatan kami
- Apabila anda mendaftar sebagai pengguna di Aplikasi Mudah Alih
- Apabila anda melawati laman web atau laman rangkaian sosial kami
- Apabila anda menyertai pertandingan atau respon keatas tinjauan pasaran, promosi atau soal selidik
- Apabila anda membuat transaksi di mana-mana kedai Pedagang
1.3 Tujuan pengumpulan dan pemprosesan maklumat peribadi anda
- Untuk berkomunikasi dengan anda
- Untuk pemprosesan permohonan, pertanyaan atau permintaan anda
- Untuk memperuntukkan produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan B Infinite Loyalty Program
- Untuk tujuan pentadbiran B Infinite Loyalty Program
- Untuk memberi maklum balas terhadap pertanyaan anda
- Bagi tujuan kajian penyelidikan dan analisa statistik
- Untuk pemantauan dan peningkatan perkhidmatan kami
- Bagi mematuhi undang-undang yang terpakai, prosiding atau pertanyaan daripada pihak berkuasa dan agensi-agensi penguatkuasaan
- Untuk memasarkan dan mempromosikan lain-lain produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami, rakan niaga, Pedagang atau penaja kami
- Sebarang tujuan lain yang dibenarkan oleh undang-undang
1.4 Data Peribadi Sensitif
- Kami tidak akan mengumpulkan Data Peribadi Sensitif anda melainkan jika dikehendaki undang-undang. Jika anda tidak mahu Data Peribadi Sensitif anda dikumpulkan, anda tidak perlu menyerahkan data tersebut kepada kami.
- "Data Peribadi Sensitif" bermaksud apa-apa data peribadi yang mengandungi maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang serupa, atau perlakuan kesalahan.
- Jika anda memilih untuk menghantar Data Peribadi Sensitif anda kepada kami, data tersebut akan dianggap sebagai Maklumat Peribadi yang tertakluk kepada terma-terma Dasar Privasi ini.
2. Pendedahan Maklumat
Bagi memudahkan tujuan-tujuan yang tersebut di atas serta pembekalan produk dan perkhidmatan kepada anda, kami akan memproses, menggunakan dan mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada pihak ketiga mengikut pengkelasan yang berikut:
- Pihak berkuasa dan agensi-agensi penguatkuasaan
- Mana-mana mahkamah undang-undang atau pihak yang mempunyai tuntutan yang sah ataupun bagi tujuan prosiding undang-undang
- Kontraktor, pembekal perkhidmatan, perunding, juruaudit dan penasihat kami sekadar makluman yang diperlukan sahaja
- Pedagang, rakan niaga dan penaja kami
- Mana-mana pemegang serah hak yang sebenar atau bakal penerima pindahmilik syarikat atau perniagaan kami
3. Pemindahan Keluar Maklumat Peribadi Dari Negara Malaysia
Maklumat Peribadi anda juga boleh dipindahkan keluar dari negara Malaysia. Anda adalah dengan ini telah memberi persetujuan kepada kami untuk pemindahan Maklumat Peribadi anda keluar dari negara Malaysia, dan ini termasuk kepada pihak ketiga seperti yang dinyatakan di atas.
4. Akses atau Pembaharuan Maklumat Peribadi anda
4.1 Anda adalah bertanggungjawab untuk memberikan maklumat peribadi yang tepat dan lengkap tentang diri anda, dan hendaklah membuat pembetulan atau mengemas kini maklumat tersebut dengan menghubungi kami apabila ia tidak lagi tepat.
4.2 Anda boleh menulis kepada kami di alamat yang tertera di Seksyen 6 di bawah ini untuk memohon satu salinan Maklumat Peribadi didalam simpanan kami atau untuk memohon bagi membuat pembetulan atau bagi mengemaskini Maklumat Peribadi anda. Anda dikehendaki memberikan bukti identiti semasa mengemukakan permohonan tersebut.
4.3 Selepas menerima permohonan bertulis anda, kami mempunyai pilihan untuk mematuhi atau menolak permohonan anda. Jika penolakan dibuat, kami akan memaklumkan sebab-sebab penolakan tersebut. Kami juga boleh mengenakan yuran pemprosesan keatas permohonan anda.
5. Menghadkan Pemprosesan Maklumat Peribadi anda
Dengan memberikan Maklumat Peribadi anda atau mengguna laman web kami, anda bersetuju dan mengizinkan kami mengguna dan memproses Maklumat Peribadi anda menurut Dasar Privasi ini. Jika anda tidak mahu menerima tawaran, promosi dan bahan-bahan pemasaran, atau jika anda mengkehendakki kami memberhentikan pemprosesan Maklumat Peribadi anda dengan cara yang tertentu, sila hubungi kami secara bertulis kepada alamat yang dinyatakan dalam Seksyen 6 di bawah.
6. Cara untuk Menghubungi Kami
BLoyalty Sdn BhdTingkat 16, Menara Cosway
12 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
E-mel: enquiry@binfinite.com.my
Tel: 03-2141 8080
NOTA: Sekiranya terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia untuk Dasar Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai sebagai rujukan.
Ada soalan? Hubungi kami atau e-mel ke enquiry@binfinite.com.my